Saturday, 27 December 2008
MANGKATNYA YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Saturday, 15 November 2008
Adat Sepanjang Zaman
Bukan Lobah Sabarang Lobah
Lobah Bosarang di ateh atap
Bukan sombah Sobararang Sombah
Sombah ese nak mulo kan cakap.
Adat Perpatih merupakan satu tinggalan bangsa yang amat berharga utk seluruh nusantara Amnya dan buat Anak Jati Negeri sembilan & org Melayu Minangkabau khususnya.
Adat yang penuh kelainan yang umumnya tidak mengikut sistem patrilineal(keturunan sebelah bapa) tetapi bercorak matrilineal (keturunan dikira sebalah ibu).
Sebagai soerang anak negeri, amat perlulah kita menjaga dan melestarikan adat dan budaya kita agar tidak lusuh ditelan zamandan selari dengan kehendak Syara' . selari dengan perbilangan adat
Kain dipakai lusuh
adat dipakai baru.
Adat bosondi syara'
Syara' bosondi Kitabullah
Syara' Mangato Adat mamakai.
Biar mati anak
Jangan mati adat.
kepada para pembaca, diharap lapangkan fikiran dan fahamilah makna yang tersirat disebalik makna perbilangan & terombo adat yang agak pelik bunyi serta maksudnya.
Jika tidak memahami, silalah dikirim pertanyaan atau sebarang komen kepada saya didalam ruangan komen atau E-mail kan kepada saya di
nurazam_pilah@yahoo.com
Monday, 10 November 2008
ADAT PERPATIH SECARA RINGKAS
ADAT PERPATIH
|
|
Sejarah kedatangan adat perpatih ke N.sembilan adalah berkait rapat dengan kedatangan peneroka-peneroka orang-orang Minangkabau kerana penyerapan adat itu ke dalam masyarakat di sini adalah selaras dengan kedatangan mereka.Penduduk N.Sembilan kebanyakan mereka berasal dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Apabila mereka berhijrah ke negeri ini, mereka membawa bersama-sama cara hidup dan warisan kebudayaan yang diamalkan di negeri asal mereka.
N.Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem adat perpatih atau dikenali juga sebagai sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusurgalurkan mengikut sebelah ibu(nisab ibu). Adat perpatih dapat dianggap sebagai satu kawalan sosial dan merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal dan menyeluruh. Justeru itu, terdapat beberapa konsep dalam adat ini yang menunjukkan hubungan kekrabatan seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.
|
Walau bagaimanapun, dari segi asal-usul adat ini, pada hari ini masyarakat N.Sembilan pada teorinya terpecah kepada 12 kumpulan yang dipanggil suku. Suku adalah merupakan kesatuan yang pada zaman awal berbentuk pengwilayahan yang diberi nama-nama tertentu iaitu:-
(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka
|
|
Dari segi pentadbiran, adat perpatih adalah adat yang meliputi keseluruhan kehidupan ahlinya. Jadi, disamping mengaturkan kehidupan sosioekonominya, ia juga mempunyai sistem tadbir politik yang tersendiri. Untuk tujuan ini perbilangan adat mengatakan:
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku bertua
Anak buah berbuapak
Orang Semenda tempat semenda
Dagang berpantun
Perahu bertambatan
Ini bermaksud bahawa tiap-tiap luak atau daerah mempunyai seorang ketua atau pemerintah tertentu yang bergelar PENGHULU atau sekarang ini UNDANG. Jawatan undang ini digilirkan di kalangan ahli dalam suku biduanda atau waris.
Dalam sistem adat perpatih penduduk-penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang paling asas ialh kumpulan yang dinamakan PERUT.Anggota kumpulan ini terdiri dari keturunan nenek yang satu. Ketua perut ialah seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa.Kumpulan yang besar daripada perut dinamakan suku iaitu terdiri daripada perut-perut yang ada tali persaudaraannya. Kedudukan suku adalah di bawah lembaga yang dipilih daripada ahli perut. Pemilihannya adalah mengikut giliran yang telah ditentukan. Di atas lembaga ialah undang, dipanggil Datuk Undang.
Adat ini dilaksanakan hampir sepenuhnya dalam berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat iaitu penentuan pentadbiran, pembahagian kuasa politik, pembahagian dan urusan tanah pusaka, penyusunan prinsip nikah kahwin dan sebagainya. Sebagai suatu peraturan hidup yang berdasarkan kepada kepentingan bersama bergotong royong dan demokrasi, adat ini sentiasa dipertahankan keutuhan dan kewibawaannya.
Keturunan dalam adat perpatih adalah menerusi pihak perempuan.Menurut adat seseorang anak adalah masuk pihak ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Adat ini amat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat yang berkenaan. Menurut hukum syarak seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya. Tetapi perkahwinan semacam ini adalah dianggap sumbang pada sisi adat perpatih. Bagi mereka,anggota-anggota dalam satu suku semuanya dikira sangat rapat persaudaraannya iaitu disifatkan sebagai suatu keluarga besar. Sehubungan dengan ini masyarakat adat perpatih di anak lebih rapat lagi perhubungannya dengan bapa saudara sebelah ibu daripada bapa saudara sebelah bapanya.
| ![]() |
Sumber:Kerajaan Negeri Sembilan
About Me
- NA_SR
- Assalamu 'alaikum warahmatullah, x tau pe nak tulis.. tp kalau nak kenal lebih lanjut add la kat facebook..






